Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Putera Mateen dan Anisha Kongsi Wajah Cahaya Mata Sulung, Nama Zahra Mariam Bolkiah Jadi Perhatian

putera mateen dan anisha kongsi wajah cahaya mata sulung, nama zahra mariam bolkiah jadi perhatianFoto: Instagram

Pengiran Muda Abdul Mateen bersama suri hati, Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam buat pertama kali menampilkan wajah puteri sulung mereka kepada tatapan umum.

Advertisement

Perkongsian itu dibuat menerusi akaun Instagram rasmi milik baginda apabila sekeping foto dimuat naik memaparkan Putera Mateen mendukung bayi perempuan mereka manakala Anisha berdiri di sisi penuh tenang.

“Zahra Mariam Bolkiah,” tulisnya dalam kapsyen ringkas yang dititipkan, baginda memperkenalkan nama anakanda mereka.

Dalam pada itu, baginda turut memanjatkan rasa syukurnya buat pasukan perubatan yang luar biasa atas penjagaan serta sokongan yang diberikan.

“Terima kasih kepada semua atas ucapan dan doa yang baik baik,” tulis Putera Mateen lagi.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mateen (@tmski)

 

Tidak lama kemudian, sebuah akaun peminat turut berkongsi gambar yang lebih jelas memperlihatkan wajah Pengiran Anak Zahra Mariam Bolkiah sehingga mengundang pelbagai reaksi teruja daripada warga maya.

Sebelum ini, laporan media Brunei memaklumkan Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah telah berkenan mengurniakan nama Yang Amat Mulia Pengiran Anak Zahra Mariam Bolkiah kepada cucunda baginda.

Berita kelahiran puteri tersebut dikongsikan Ahad lalu dengan makluman bahawa bayi diraja itu dilahirkan pada jam 8.50 pagi.

Untuk makluman, Putera Mateen dan Anisha sah bergelar suami isteri pada 11 Januari 2024.

Sebagai figura diraja yang sentiasa menjadi perhatian, Pengiran Muda Abdul Mateen ialah anakanda ke sepuluh daripada dua belas beradik dan merupakan putera keempat kepada Sultan Brunei.

Sumber: Instagram

ERA Muzik Hit Terkini