Foto: Facebook
Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen, kini bergelar bapa selepas isteri baginda, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam, selamat melahirkan anak pertama mereka, seorang bayi perempuan.
Advertisement
Puteri tersebut dilaporkan dilahirkan pada jam 8.50 pagi, Ahad.
Sebagai tanda kesyukuran atas kelahiran zuriat baharu dalam keluarga diraja, istiadat rasmi turut dilaksanakan dengan pelepasan 17 das tembakan meriam.
Menurut kenyataan rasmi Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam selamat melahirkan seorang puteri dengan izin Allah SWT pada 20 Syaaban 1447 Hijrah bersamaan 8 Februari 2026.
@onlytmski alhamdulillah, congrats Prince Mateen and PAI Anisha 🥹🤍 #princemateen #anishaisakalebic #foryoupage #tmski #anishaik #fyppp ♬ Renjana Pengantin Diraja 2024 - Awangbsb90
Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa tembakan meriam tersebut dilepaskan di kawasan Istana Nurul Iman sebagai simbol meraikan kelahiran cucunda kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.
Sebelum ini, sekitar Oktober tahun lalu, Putera Mateen pernah berkongsi khabar mengenai kehamilan anak sulung baginda kepada umum.
Untuk rekod, Putera Mateen dan Puteri Anisha mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2024 menerusi istiadat perkahwinan diraja yang mendapat perhatian masyarakat serantau.
Sumber: TikTok