Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Puteri Aishah, Artis Kedua Malaysia Positif Wabak COVID-19

Pelakon, Puteri Aishah atau nama sebenarnya Puteri Aishah binti Sulaiman, telah dilaporkan positif COVID-19, seperti yang disahkan sendiri oleh pengurusnya, Iman Tang.
puteri aishah, artis kedua malaysia positif wabak covid-19

"Dia baru disahkan positif Covid-19. Tolong doakan dia supaya cepat sembuh," tulis Iman pada akaun Instagramnya.

Advertisement

Puteri Aishah dilaporkan berangkat ke Scotland pada 15 Mac lalu dan pulang ke tanah air minggu lepas selepas selesai menjalani pengambaran sebuah drama bersiri bersama Ben Amir dan Hasnul Rahmat.

Menjengah ke laman Instagram Puteri Aishah, rata-rata warganet termasuk rakan artis dan peminat mendoakan agar pelakon ini segera sembuh dan pulih daripada jangkitan.

puteri aishah, artis kedua malaysia positif wabak covid-19

Ini menjadikan kes kedua artis di Malaysia yang positif COVID-19 selepas PU Riz baru-baru ini.

Sumber: Gempak

ERA Muzik Hit Terkini