Puteri Sarah Liyana baru sahaja selesai menunaikan ibadah umrah dan bercuti ke Dubai baru baru ini. Akan tetapi, terdapat individu dipercayai ahli keluarga Ira Kazar yang menggunakan nama Naem Kazar menuduh Puteri Sarah menggunakan duit bapa mentua, Datuk Yusof Haslam bagi membayar peguam untuk kesnya bersama suami, Syamsul Yusof.

Berdasarkan screenshot Puteri Sarah, Naem mengatakan pelakon tersebut bukanlah seorang yang kaya seperti ramai sangkakan.
Advertisement
Naem mengatakan duit guaman yang digunakan oleh Puteri Sarah selama ini dibayar oleh Yusof Haslam dan disebabkan itulah penerbit tersohor berusia 69 tahun menangis.

Puteri Sarah membalas tuduhan individu berkenaan dan menjelaskan tiada sesiapa pun yang menampung kos guamannya melainkan dirinya sendiri berdasarkan hasil kerja kerasnya selama ini bagi menuntut hak sebagai seorang isteri.