Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Puteri Sarah Bertegas Mahu Bercerai, Syamsul Yusof Harap Isterinya Dapat Terima Poligami

 

Pengarah Syamsul Yusof tiba di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur sekitar jam 9.35 pagi tadi untuk sesi mencari jalan penyelesaian berhubung kes rumah tangga mereka. Sesi untuk berdamai gagal apabila Puteri Sarah bertegas dengan pendiriannya untuk bercerai. Malah, sesi mencari penyelesaian bersama Jawatankuasa Pendamai juga berlangsung secara berasingan. Tegas untuk berpisah, Sarah bakal menggunakan khidmat hakam sebagai alternatif.

Advertisement

 

Syamsul turut meluahkan rasa kecewa apabila sesi pendamaian itu berlangsung secara berasingan. Dia berharap dapat bersua muka dengan isterinya untuk berbincang. Syamsul turut berharap Puteri Sarah dapat menerima poligami kerana penceraian bukan jalan terbaik. Malah, kemelut rumahtangga ini bukan pesta untuk saling membuka aib satu sama lain.

Sumber: Officialhlive 

ERA Muzik Hit Terkini