
Setelah mendedahkan tentang perkahwinan keduanya, Syamsul Yusof memuatnaik gambar perkahwinan bersama Puteri Sarah Liyana dan Ira Kazar serta memuatnaik status di laman Instagramnya. Menerusi status itu, Syamsul meminta kedua isterinya supaya bertenang dan bersabar.
Advertisement
Tidak lama selepas itu, Puteri Sarah Liyana pula memuatnaik gambar bersama anak-anaknya. Menerusi kapsyen di gambar tersebut, Puteri Sarah Liyana menyatakan Syamsul masih gagal membincangkan isu rumahtangga mereka dan Syamsul turut "block" Puteri Sarah Liyana di Whatsapp. Malah Puteri Sarah Liyana turut meminta Syamsul melepaskan dirinya. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat kebahagiaan rumahtangga mereka.