Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Puteri Sarah Terima Nasihat Andi Arsyil Rahman

Pelbagai perkara yang telah berlaku sepanjang tahun 2023 buat seorang pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana. Namun, dia berkongsilkan bahawa dia terkedu apabila diberi nasihat oleh seorang pelakon dari Indonesia.

Pelakon  Indonesia tersebut Andi Arsyil Rahman, ingin melihat Puteri Sarah untuk berubah menjadi seorang yang lebih pemaaf dan ingin dia melupakan segala perkara toksik dan episod derita yang telah berlaku dalam hidupnya.

Advertisement

puteri sarah terima nasihat andi arsyil rahman

Puteri Sarah menjelaskan bahawa dia seperti ditikam dengan kata-kata itu kerana sikap sebegitu bukanlah dirinya, tetapi dia akan ambil segala nasihat itu.

“Sakit hati juga bila AA uruh saya cuba jadi baik, saya rasa macam kena tikam dengan kata-kata itu. Padahal sikap sebegitu bukanlah diri saya, tapi tidak mengapa, kita ambil segala nasihatnya dan kita cuba.”

Banyak komen positif daripada netizen mengenai perkara ini dan mendoakan agar mereka dua dijodohkan.

Sumber Kosmo

ERA Muzik Hit Terkini