3 Pagi ERA meneruskan cabaran brotherhood diantara 3 personaliti ERA, meminta Radin untuk menaiki sebuah roller coaster di sebuah taman tema di Genting Highland.
Radin sebelum ini pernah memberitahu bahawa beliau mudah pening dan tidak boleh bermain dengan satu permainan yang sentiasa bergerak dengan laju. Akan tetapi, pada hari ini, Azad dan Nabil telah mencabar Radin untuk mengatasi ketakutannya menaiki roller coaster.
Advertisement
Di Genting, ERA telah membuat 1 video siaran langsung di tiktok ERA, Radin telah mencabar sekiranya mahu beliau naik roller coaster tersebut, netizen harus memberi lebih 400 ribu likes.
Selepas video siarang langsung Tiktok itu mendapat 400 ribu likes, Radin telah menaiki roller coaster tersebut. Kesudahannya, Radin kelihatan pening sehingga terpaksa menyapukan minyak angin.
Sebelum ini, Azad dan Nabil telah melakukan cabaran Brotherhood 3 Pagi ERa dimana Azad di paksa makan durian dan Nabil dicabar makan mata ikan.