Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sepi & Sayu, Radin Sebak Sambut Aidilfitri Tanpa Ibu Tersayang

Penyampai radio ERA, Radin meluahkan perasaan sebak apabila beraya bersendirian tanpa ibu di sisi setelah kehilangannya pada Februari lalu.

sepi & sayu, radin sebak sambut aidilfitri tanpa ibu tersayang

Advertisement

Memetik laporan Gempak, kebiasaannya arwah ibu Feridah Hashim sering menyediakan persiapan raya untuk keluarga mereka tetapi tahun ini agak berlainan.

“Tahun ini, suasana Ramadan dan Aidilfitri paling sayu sepanjang hidup saya. Kalau sebelum ini, segala persiapan raya akan difikirkan untuk arwah mama iaitu baju raya, kuih raya dan segala keperluan raya di kampung.

“Arwah mama seorang yang sangat particular dalam segala hal. Sepanjang tahun, pakaian raya kami satu keluarga akan sedondon.

sepi & sayu, radin sebak sambut aidilfitri tanpa ibu tersayang

“Apa yang paling rindu adalah momen masak rendang ayam setiap kali pada malam raya. Arwah akan masak dengan menggunakan dapur arang, katanya baru rasa rendang raya.

“Memang tiada persiapan apa pun yang saya lakukan tahun ini. Cuma ada beli sedikit kuih raya untuk jamah sendiri,” katanya.

Malah, Radin juga kagum dengan ibunya yang sentiasa bersedekah dan berkongsi juadah raya dengan jiran tetangga dan para tetamu.

“Momen raya dua tahun lepas bersama arwah mama di Ipoh, kami sedondon berbaju merah dan ketika itu keadaan kesihatan arwah mama sedikit merosot tapi arwah mama tetap akan buat persiapan memasak untuk hari raya,” ujarnya lagi.

sepi & sayu, radin sebak sambut aidilfitri tanpa ibu tersayang

Namun, Radin tetap akur dengan perintah kerajaan kerana tidak dapat pulang ke kampung di Ipoh, Perak untuk menziarahi kubur ibu dan bapanya.

Pada 18 Februari lalu, ibu tercinta Radin telah meninggal dunia  akibat menghidap penyakit paru-paru berair.
 

ERA Muzik Hit Terkini