Skip to main content

Advertisement

Hiburan

‘Hadiah Tuhan’ Buah Tangan Bulan Madu Ikhwan Fatanna Mengalun Jiwa

‘hadiah tuhan’ buah tangan bulan madu ikhwan fatanna mengalun jiwa

Foto: Suria Records

Advertisement

Komposer, penulis lirik dan penyanyi tersohor, Ikhwan Fatanna, kembali menyentuh sanubari pendengar dengan single terbarunya, ‘Hadiah Tuhan’, sebuah dedikasi cinta tulus buat insan teristimewa, sang isteri.

Nama Ikhwan Fatanna memang tidak asing dan kerap menjadi sebutan kerana beliau mempunyai kuasa kreatif di belakang banyak lagu hit. Antaranya, lagu yang menjadi pemenang Anugerah Juara Lagu ke‑39, ‘Hening Rindu’ nyanyian Marsha Milan (komposisi dan lirik oleh Ikhwan) membuktikan kemahirannya mencipta karya yang benar-benar meruntun jiwa.

‘hadiah tuhan’ buah tangan bulan madu ikhwan fatanna mengalun jiwa

Foto: Suria Records

Bukan itu sahaja, beliau turut mencipta karya untuk nama‑nama besar seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Haqiem Rusli, Ernie Zakri, Hafiz Suip dan ramai lagi. Kini, Ikhwan turut bertindak sebagai juri untuk sebuah program nyanyian di stesen TV terkenal, memperkukuh reputasinya sebagai figura penting dalam dunia seni.

Dihasilkan sepenuhnya sendiri oleh Ikhwan, lagu ‘Hadiah Tuhan’ lahir daripada detik romantis sewaktu berbulan madu. Liriknya penuh rasa syukur atas kehadiran seorang isteri yang melengkapi hidupnya, yang dianggap sebagai hadiah terindah daripada Ilahi.

‘hadiah tuhan’ buah tangan bulan madu ikhwan fatanna mengalun jiwa

Foto: Instagram

“Saya sangat bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang ini. Sebuah keluarga bahagia bersama isteri dan anak‑anak, karya‑karya yang dikenali dan juga penerimaan umum terhadap penglibatan saya dalam industri seni. Saya mengharapkan sokongan yang berterusan untuk semua karya‑karya saya tidak kira bila,” ujar Ikhwan penuh emosi.

‘Hadiah Tuhan’ juga menandakan halaman baharu dalam kerjayanya bersama Suria Records iaitu single rasmi pertamanya di bawah naungan mereka selepas kerjasama hebat terdahulu dalam lagu seperti ‘Abadi’ bersama Xpose dan ‘Selawat Nuril Anwar’ bersama Xpose dan Amad Fadlin.

‘Hadiah Tuhan’ kini boleh didengari di radio dan dimuat turun di iTunes dan distrim melalui platform muzik pilihan. Dengarkan dan hayatilah keindahan mesej yang disampaikan dengan penuh keikhlasan dan cinta.

 

ERA Muzik Hit Terkini