Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Raisa Dedah Mempunyai Anxiety, Nafi Dirinya Sombong

Penyanyi kelahiran Indonesia, Raisa mendedahkan dirinya sejak kecil lagi telah memiliki anxiety atau masalah gangguan kecemasan. Dia yang mula mengetahui dirinya mempunyai Anxiety ini dimana keadaan diri yang dihapinya sekarang iaitu berasa cemas apabila berada dalam keadaan yang sesak atau ramai orang. 

raisa dedah mempunyai anxiety, nafi dirinya sombong

Raisa berkongsi dirinya sejak kecil takut melihat ramai orang dan sering berlari tanpa mengetahui punca. Namun masalah ini sudah terbiasa dan masih boleh diatasi olehnya.

Advertisement

Ramai yang mula menyifatkan Raisa seorang selebriti yang sombong kerana sikap yang kurang ramah. Dia menjelaskan dia lebih selesa jika dia yang mula menegur orang dahulu.

“Padahal saya ada Anxiety jadi perlukan masa. Biasanya saya rasa lebih okay apabila saya yang menyapa dulu berbanding orang menegur saya. Itu lebih bagus untuk Anxiety saya. Jadi kalau tentang sombong, saya fikir jika orang yang sudah pernah bertemu dan kenal, mereka akan tahu sendiri” jelas Raisa.

Harap para peminat memahami situasi yang dihadapi oleh Raisa.

Sumber Awani

ERA Muzik Hit Terkini