Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Dua Kali Keguguran, Raja Farah Sanggup Cuti Berniaga

dua kali keguguran, raja farah sanggup cuti berniaga

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Selepas dua kali keguguran, Raja Farah sanggup 'bercuti' daripada menguruskan perniagaannya. 

Pertama kali keguguran adalah menjelang sambutan Aidilfitri tahun lalu, kemudian sekali lagi diduga apabila keguguran buat kali kedua 2 bulan yang lalu. 

"Memang sedih sebab saya dan suami sudah bersedia untuk menambah ahli keluarga, namun nampaknya belum ada rezeki kami kerana hingga kini saya sudah dua kali keguguran.

"Doktor maklumkan, rahim saya agak lemah, sekali gus menjadi punca keguguran berkenaan. Apatah lagi sepanjang tempoh awal kehamilan, saya sangat aktif mengusahakan perniagaan kek kami," katanya kepada BH Online.

"Andai ditakdirkan selepas ini saya dikurniakan lagi rezeki (hamil), saya akan ikut nasihat doktor untuk berehat seketika. Paling tidak, untuk trimester pertama," kata ibu kepada Imran Iskandar, 17 bulan.

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini