Semalam kita dikejutkan dengan berita pelakon, penyanyi dan pengacara Alif Satar yang disahkan positif COVID-19.
Ekoran daripada itu, beberapa rakan artis yang dipercayai kontak rapat Alif mengambil langkah melakukan ujian saringan COVID-19, semalam.
Advertisement

Apa yang menyentuh hati adalah Alif sendiri meminta maaf kepada rakan-rakannya atas apa yang berlaku.
"Maaf bro, baru je kita jumpa. Aku doakan kau dijauhkan dari COVID-19," tulis Alif di ruang komen pada video yang dimuat naik Zyn Akal.

Dalam perkembangan sama, Alif kini sedang menjalani kuarantin selama 14 hari selepas disahkan positif wabak berkenaan.