
Viral di laman media sosial ketika ini, suami kepada Fatin Afeefa , Opai menjadi bualan netizen selepas kereta McLaren miliknya didakwa didaftarkan di atas nama orang lain dan juga no plat yang digunakan juga bukan no plat sebenar. Malah ada dakwaan yang mengatakan Opai dipanggil oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan di atas kesalahan ini.
Advertisement
Terpanggil untuk membersihkan nama Opai, sahabatnya yang juga merupakan pemilik sebenar kenderaan tersebut menceritakan perkara yang sebenar. Hafiz Wasa mengesahkan Opai sudah membeli kenderaan tersebut darinya namun proses penukaran hak milik kenderaan tersebut tidak sempat dilakukan sehingga kini atas faktor kekangan masa dari pihak Opai.

Hafiz menjelaskan Opai sudah menyelesaikan pembayaran kenderaan tersebut tetapi proses penukaran nama belum sempat diselesaikan kerana urusan perkahwinan dan umrah. Menurut Hafiz, Opai lah yang membantu dirinya membeli kenderaan tersebut ketika dibelenggu masalah kewangan akibat perniagaan terjejas akibat PKP.
Sumber: mstaronline