Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tak Mudah Bawa Watak Rian, Raline Shah Share Video Menembak

Heroin dalam filem Polis Evo 2, Raline Shah baru-baru ini telah berkongsi pengalaman melakonkan watak Rian menerusi Instagramnya.

tak mudah bawa watak rian, raline shah share video menembak

Advertisement

Menurut Raline, watak itu tidak mudah dan memerlukan kesungguhan serta kesabaran yang tinggi untuk memastikan semuanya berjalan lancar.

“Tahun lalu, saya diberi kesempatan untuk melakonkan filem aksi pertama saya. Belum pernah saya mendapat tawaran seperti ini dan saya rasa sangat berbesar hati kerana diberi peluang untuk berlakon filem kolaborasi antara Malaysia dan Indonesia ini.

“Saya banyak belajar dari latihan intensif yang kita jalani bersama aktor-aktor hebat lainnya. Dari sini, saya jadi benar-benar tahu bahawa dengan disiplin, latihan, badan yang sihat dan mental yang sihat kita boleh mempelajari apapun yang kita inginkan.
 

tak mudah bawa watak rian, raline shah share video menembak
“Proses penggambaran secara fizik menjadi senang dan ringan apabila kita kembali sedar bahawa memang ini memang pilihan kita.
 
“Peranan saya sebagai Rian dalam PE2 ini sememangnya saya banggakan. Saya menjadi aktres pertama Indonesia yang menjadi pelakon utama di negara tertangga, Malaysia.

tak mudah bawa watak rian, raline shah share video menembak

“Saya benar-benar berharap filem ini akan ditayangkan di Indonesia juga supaya kita dapat menikmatinya bersama.
 
“Pengalaman saya selama menjalani penggambaran file mini sangat berharga dan tidak akan saya lupakan. Rakan-rakan di Malaysia jangan lupa tonton hujung minggu ini ya,”
tulisnya menerusi laman Instagram miliknya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Raline Shah (@ralineshah) on

Sumber: @ralineshah

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini