Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kemelut Rumah Tangga Belum Selesai, Lufya Terima Beratus Mesej Ajak Berkenalan

Biarpun kes penceraian antara pelakon, Lufya dan suaminya Dr Che Muhammad Hafiz masih belum selesai, sudah banyak pesanan dan mesej yang diterima olehnya di akaun media sosial untuk mengajaknya berkenalan.

kemelut rumah tangga belum selesai, lufya terima beratus-ratus mesej nak berkenalan,

Menurut Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, biar apa pun yang sedang berlaku, beliau masih lagi status isteri orang.

Advertisement

Lufya bagaimanapun tidak membalas mesej yang dihantar oleh jejaka dimedia sosial kerana masih berstatus isteri walaupun sedang 'tergantung'.

“Saya boleh jaga diri dan maruah. Kenapa lelaki yang menghantar mesej begini tidak boleh jaga diri?

“Bukan niat saya hendak berbangga dengan berkongsi paparan skrin mesej diterima di Instagram (IG), apatah lagi bermegah konon ada yang sanggup membahagiakan diri ini.

“Hakikatnya, saya masih isteri orang. Jadi, hentikanlah menghantar mesej begitu,” katanya.

kemelut rumah tangga belum selesai, lufya terima beratus-ratus mesej nak berkenalan,

Pelakon itu telah mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Laana Haura yang kini berusia dua tahun. Pasangan ini bagaimanapun tampil pada sebutan kes permohonan cerai pada 16 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya, namun suaminya itu tidak hadir pada sebutan permohonan berkenaan.

Sumber

ERA Muzik Hit Terkini