Skip to main content

Advertisement

Hiburan

''Nak Terus Masak Ke Sambung Jap Lagi?'', Video Elly Mazlien Buat Ramai Berdekah

Pelakon dan penyanyi, Elly Mazlien merupakan antara pelakon yang aktif di media sosial. Ada sahaja aksinya yang mencuit hati dan menarik perhatian ramai khususnya warganet.

Terbaru, penyanyi yang selesa dengan nama panggilan Kak Lina Pom Pom itu telah berkongsikan video sedang memasak menerusi saluran Youtubenya, Dunia Elly Mazlien.

Advertisement

Namun apa yang mencuit hati warganet adalah gelagat bersahaja Elly Mazlien selepas disapa oleh suaminya ketika sedang memasak.

Ketika sedang bercerita di hadapan kamera, suaminya muncul lalu mencium belakang Elly Mazlien, sebelum beredar, membuatkan dirinya tergamam.

"Nak terus masak atau sambung kejap lagi?", tanya Elly Mazlien dalam keadaan tersipu-sipu.

Reaksi 'crack' penyanyi dan pelakon ini nyata membuat warganet terhibur dan cemburu melihat kemesraan mereka.

Sumber: Twitter

ERA Muzik Hit Terkini