Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Redza Rosli & Bella Hanna Syukur Bakal Timang Anak Lelaki

redza rosli & bella hanna syukur bakal timang anak lelakiFoto: Instagram

Pelakon popular, Redza Rosli dan isterinya yang juga pelakon, Bella Hanna, berkongsi khabar gembira apabila mereka bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.

Advertisement

Berita menggembirakan itu dikongsikan sendiri oleh pasangan tersebut menerusi satu hantaran di Instagram.

Menerusi perkongsian itu, Redza dan Bella dilihat tersenyum gembira sewaktu majlis pengumuman jantina bayi (gender reveal) yang diadakan secara sederhana bersama keluarga dan rakan terdekat.

Bella, yang kini hamil anak pertama hasil perkahwinan mereka pada Mei lalu, dilihat sebak ketika detik belon biru pecah menandakan kehadiran bayi lelaki dalam keluarga kecil mereka. Dalam ruangan kapsyen, pasangan itu turut meluahkan rasa syukur dan memohon doa agar urusan kehamilan serta kelahiran nanti dipermudahkan.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Bella Hanna (@mariofav)

 

Rata-rata peminat dan rakan selebriti turut menzahirkan ucapan tahniah buat pasangan itu yang tidak lama lagi akan bergelar ibu dan bapa. Ramai juga yang mendoakan kesihatan Bella dan bayi dalam kandungan agar terus berada dalam keadaan baik sehingga saat kelahiran.

Untuk rekod, Redza Rosli dan Bella Hanna mendirikan rumah tangga pada 11 Mei 2024 dalam sebuah majlis sederhana yang dihadiri keluarga dan kenalan rapat.

Sumber: Instagram

ERA Muzik Hit Terkini