Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Berang Dimarah Curi Duit, Remaja Lelaki ‘Kejam’ Bakar Bapa Kandung

berang dimarah curi duit, remaja lelaki ‘kejam’ bakar bapa kandung

Foto sekadar hiasan

Advertisement

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam dengan membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka.

Memetik laporan Sinar Harian, kejadian ngeri itu berlaku di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, pada awal pagi Selasa, semalam.

Menurut siasatan, polis menjelaskan bahawa kejadian berlaku sekitar jam 2 pagi apabila pemilik rumah sewa, Riyazuddin terdengar jeritan mangsa, Mohammad Aleem, 55.

"Ketika saya cuba pergi ke bahagian teres di mana Aleem tinggal bersama anaknya, saya mendapati pintu bilik mereka terkunci dari luar.

"Dengan bantuan jiran, saya berjaya sampai ke teres dan melihat bilik itu terbakar manakala Aleem menjerit meminta tolong dari dalam," katanya.

Dalam pada itu, apabila pintu berjaya dibuka, Aleem didapati telah meninggal dunia akibat melecur teruk, manakala anaknya melarikan diri dengan melompat ke rumah jiran berdekatan.

Menurut pegawai polis, sebelum kejadian, Aleem telah bertindak menegur anaknya kerana dipercayai mencuri wang dari poket miliknya.

Dalam keadaan marah, dipercayai remaja itu telah menyimbah bahan mudah terbakar ke atas bapanya sebelum menyalakan api.

Susulan daripada itu, pihak polis telah menahan suspek untuk siasatan lanjut dan masih menyiasat motif sebenar kejadian dan mengambil keterangan daripada saksi bagi melengkapkan siasatan.

Difahamkan, Aleem yang berasal dari Mirzapur, Uttar Pradesh, berpindah ke Faridabad bersama anaknya pada September tahun lalu.

Dia bekerja mengumpul derma untuk tempat ibadat dan menjual kelambu serta barangan lain di pasar mingguan.

Isterinya telah meninggal dunia beberapa tahun lalu, manakala empat anaknya yang lain sudah berkahwin dan tinggal berasingan.

 

Sumber: Sinar Harian

ERA Muzik Hit Terkini