Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Remy Ishak Mahu Tamat Zaman Bujang, Akui Berdebar Untuk Bergelar Suami

Pelakon, Remy Ishak mengumumkan bakal bernikah pada 21 Ogos 2021 bersama pasangannya.

Pengumuman itu diumumkan eksklusif secara eksklusif bersama Gempak TV yang disiarkan di Astro Ria.

Advertisement

remy ishak mahu tamat zaman bujang, akui berdebar untuk bergelar suami

Pelakon berasal dari Melaka ini mempunyai perasaan bercampur baur dan mengakui berdebar untuk bergelar seorang suami.

“Untuk saya tak ada dream wedding, jarang lelaki ada dream wedding. Kalau dapat majlis akad nikah dihadiri kedua famili, dilakukan secara sederhana macam ni pun dah cukup,” katanya.

Majlis pernikahan dijangka akan berlangsung di Kuala Lumpur mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan untuk negeri dalam Fasa 1.

remy ishak mahu tamat zaman bujang, akui berdebar untuk bergelar suami

Persiapan dari segi mental juga perlu dititikberatkan pelakon itu sebelum menamatkan zaman bujang selain persiapan busana pengantin.

“Dari segi persiapan sebenarnya tidak ada sangat kerana tidak ada majlis yang akan dilaksanakan, kecuali pakaian nikah yang akan dipakai nanti.

“Tapi yang penting saya persiapkan saat ini adalah bagaimana menjadi seorang suami mithali,” katanya sambil tersenyum.

Remy juga mendoakan dan berharap agar majlis pernikahan yang sudah tertunda sejak Mei lalu akan berjalan lancar dengan SOP yang telah ditetapkan.

Sumber: Awani
 

ERA Muzik Hit Terkini