Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Remy Ishak Betul-Betul Tumbuk Zul Ariffin Bertubi-Tubi Di Muka

Pelakon, Zul Ariffin sanggup membiarkan dirinya dibelasah oleh Remy Ishak, bagi memberikan feel sebenar untuk filem terbaru mereka, Sangkar.

peminat tak sabar lihat zul ariffin fight dengan remy ishak dalam sangkar

Advertisement

Dipetik dari Sinar Harian, Zul menjelaskan bahawa beliau ada memberitahu Remy Ishak supaya menumbuknya betul-betul supaya nampak real.

"Memandangkan ini adalah filem aksi, ramai peninju yang terlibat, jadi saya fikir ada beberapa babak perlu dibuat betul-betul.

"Contohnya melibatkan babak ditumbuk di muka. Saya beritahu Remy, daripada buat banyak kali babak itu, baik dia tumbuk saya betul-betul. Barulah nampak real.

"Begitu juga babak pertarungan dengan Mcsweeney, saya benarkan dia belasah betul-betul. Tapi tidaklah sama dengan kekuatannya ketika bertarungan dalam pertandingan.

"Cuma bila ditumbuk, adalah rasa pening-pening lalat sikit.”, katanya.

peminat tak sabar lihat zul ariffin fight dengan remy ishak dalam sangkar

peminat tak sabar lihat zul ariffin fight dengan remy ishak dalam sangkar

Menurut pelakon berusia 33 tahun ini, walaupun kecederaan akibat dibelasah itu tidak teruk, namun dicampur dengan kecederaan lama memberikan cabaran buatnya.

Sumber: Sinar Harian

remy ishak betul-betul tumbuk zul ariffin bertubi-tubi di muka

ERA Muzik Hit Terkini