Ibu pelakon kontroversi Aliff Aziz, Siti Hafiza mengeluarkan kenyataan menerusi hantaran di media sosial Instagram miliknya bahawa beliau menafikan dakwaan untuk menjadikan Ruhainies sebagai menantunya.
Menurut Hafiza, dakwaan tersebut hanya khabar angin dan fitnah semata-mata.
Advertisement
“Allahuakbar sudah-sudahlah menabur cerita dan fitnah dan janganlah jadi orang suruhan tak berbaloi untuk di akhirat nanti”, ujar Hafiza.
Menerusi hantaran tersebut, Hafiza turut memuat naik gambar anak lelakinya, Aliff Aziz dan Ruhainies yang didakwa akan disatukan di Thailand mengikut perancangannya sebagai ibu Aliff.
Sumber: Astro Gempak