Awal pagi tadi, Rihanna berjaya memukau ribuan penonton di acara Super Bowl Halftime 2023 apbila beliau melakukan persembahan yang hebat menerusi persembahan dengan lagu B**** Better Have My Money.
Advertisement
Walaupun Rihanna kelihatan tidak menari dengan lincah seperti biasa penampilannya bersama penari lain, beliau masih lagi mampu memukau penonton.
Selain daripada persembahan hebatnya, susuk tubuh badan Rihanna juga mendapat perhatian apabila dilihat sedang hamil.
Rihanna mendedahkan berita gembira itu apabila dilihat menggosok perut dan menanggalkan zip pada jumpsuit merah yang digayakannya ketika membuat persembahan di pentas Phoenix sekali gus menampakkan bentuk perutnya yang membesar.
Ramai membuat spekulasi bapa kepada kandungan dalam perut Rihanna itu adalah penyanyi rap, ASAP Rocky.