Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Beli Rumah Puluhan Juta, Rihanna Rupanya Pemuzik Paling Kaya Di Dunia!

Baru-baru ini, penyanyi terkemuka Hollywood, Rihanna mengejutkan ramai peminat dengan membeli sebuah lagi rumah agam yang mewah bernilai 10 juta USD, sekitar RM41 juta.

beli rumah puluhan juta, rihanna rupanya pemuzik paling kaya di dunia!

Advertisement

Menurut laporan The News, rumah barunya itu terletak di sebelah kediaman mewah miliknya yang baru sahaja dibeli bulan lalu pada harga 13.8 juta USD melebihi RM50 juta.

beli rumah puluhan juta, rihanna rupanya pemuzik paling kaya di dunia!

Kejayaan Rihanna dikatakan setanding dengan bintang ternama seperti Beyonce, Madonna, Jennifer Lopez dan ramai lagi.

Tambahnya lagi, pelantun lagu ‘Umbrella’ itu juga baru diiktiraf Forbes sebagai pemuzik paling kaya di dunia.

beli rumah puluhan juta, rihanna rupanya pemuzik paling kaya di dunia!

Perniagaan produk kecantikan yang dimilikinya antara penyumbang besar kekayaan penyanyi ini.

Menurut sumber, jualannya dilaporkan mencecah angka yang agak tinggi dan luar biasa.

Sumber: The News

ERA Muzik Hit Terkini