Pasangan romantis, Isa Khan dan tunangnya Nur Risteena Munim merancang untuk bernikah pada penghujung tahun ini, namun ia bergantung kepada situasi semasa.

Advertisement
Menurut Isa, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang masih berterusan dan tidak diketahui sama ada ia berlanjutan atau sebaliknya, membuatkan mereka masih belum menetapkan lagi tarikh yang sesuai.
Tambah Isa lagi atau nama sebenarnya Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan, mereka juga tidak mahu bertunang lama-lama dan merancang untuk bertunang hanya setahun.

Beliau juga berharap agar dapat mengadakan majlis pernikahan dan persandingan secara serentak, tetapi dek kerana COVID-19 masih belum tamat, kemungkinan mereka akan bernikah dahulu dan majlis persandingan diadakan tahun hadapan. Bagaimanapun, ia masih lagi dibincang sesama keluarga dan masih belum ditetapkan apa-apa lagi.
Terdahulu, Isa dan Risteena mengikat tali pertunangan pada 23 November tahun lepas di Bali Indonesia dengan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.