Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai pelakon, Nur Risteena yang telah dihubungi oleh tunangnya, Isa Khan, selepas setengah jam tidak membalas mesej di aplikasi WhatsApp.

Advertisement
Dalam hantaran terbabit, beliau juga seakan tidak percaya apabila tunangnya sanggup berkejar datang ke rumahnya bagi memastikan diriya selamat kerana menyangka dia diculik atau diragut, sehinggakan tidak membalas mesej.
Hantaran berkenaan menjadi tular dimedia sosial, sehingga menimbulkan rasa kurang senang segelintir netizen.
Ekoran daripada itu, pelakon berusia 31 tahun ini tampil membuat kenyataan balas atas isu yang timbul dan menyifatkan tindakan tunangnya itu adalah normal.







Dalam pada itu juga, Risteena memilih untuk tidak membaca kome negatif dan gembira kerana ada yang setia menyokong dan memberi sokongan kepadanya.

Dikesempatan itu juga, Risteena juga memohon maaf kepada mereka yang membencinya sambil menitipkan ucapan selamat hari raya.

Sumber: Instagram