Pelakon, Risteena Munim telah bertunang bersama Isa Khan pada 6 Disember lalu dalam satu majlis yang cukup indah di Putrajaya.

Advertisement
Selepas hampir sebulan mengikat tali pertunangan, pelakon berusia 30 tahun ini telah berkongsi video indah sepanjang bercinta bersama tunangnya.
Menurut Risteena, dia tidak menyangka akan bertemu dengan aktor tersebut dalam masa singkat dan menyifatkan ia sebagai memori indah yang sukar dilupakan.

"Terlalu banyak yang kami lalui bersama walaupun dalam masa yang singkat. Perasaan cinta yang terlalu dalam membuatkan saya seseorang yang istimewa dalam hidup dia,” tulisnya.


Kelihatan dalam video, Isa Khan menyuapkan makanan, mencuci tangan, mencuci kaki, mengikat rambut dan memotong kuku Risteena dalam video berdurasi 2:54 minit itu.
Dalam pada lain, Isa Khan juga berjanji akan menjadikan Risteena sebagai wanita paling bahagia.
“Semoga hubungan ini terus berkekalan. Saya bangga dengan apa yang dia usaha sekarang. Always proud of him. Effort dan kesungguhan dia tak mungkin semua orang boleh buat,” katanya.
Sumber : Risteena Munim