Beberapa minggu lalu, tular video berdurasi 2:54 minit menunjukkan pelakon, Risteena Munim bersama tunangnya, Isa Khan menyuapkan makanan, mencuci tangan, mencuci kaki, mengikat rambut dan memotong kuku Risteena.

Advertisement

Walaubagaimana pun, aksi tersebut nyata tidak disenangi oleh segelintir netizen, hingga mendapat komen oleh pelakon itu sendiri.
Menurut Risteena, tunangnya itu sentiasa mahu membahagiakannya selagi terdaya dan akan melakukannya tanpa henti.

Tambahnya lagi, tunangnya selalu berkata bahawa hidup ini singkat dan tak tahu bila akan mati, dan takut tak sempat tunjuk kasih sayangnya andai dia sudah tiada lagi di dunia ini. Disebabkan itu, setiap hari tunangnya, Isa Khan akan cuba untuk membahagiakan dirinya.
"Dia selalu cakap pada saya yang hidup ini singkat dan tak tahu bila akan mati, sebab itu setiap hari dia akan cuba bahagiakan saya.
"Isa takut kalau nanti dia sudah tiada di dunia ini, tak sempat nak tunjuk sayangnya pada saya," kata Risteena yang telah dilamar oleh Isa Khan pada 23 November lalu ketika bercuti di Bali, disaksikan wakil kedua belah keluarga.
