
Kredit gambar: Rohanis Shukri
Advertisement
Perkahwinan yang sebelum ini menimbulkan kontroversi kerana dirahsiakan, akhirnya Rita Rudaini mendedahkan segalanya dalam buku biografinya, Kerana Aku Seorang Perempuan.
Dalam bukunya itu, Rita Rudaini turut berkongsi gambar pernikahannya yang dilakukan di sebuah gudang beras di Thailand pada tahun 2008.
"Ketika bapa meminta senarai nama imam di sana, kami memilih jurunikah yang di bawah rumahnya ada gudang beras. Mahu bernikah di masjid, bimbang orang kenal, jadi di situ paling selamat.
"Walaupun serba kekurangan, saya berasa sangat bahagia. Disebabkan takut gambar perkahwinan kami tersebar, saya simpan dalam cakera padat. Baru sekarang saya sedia berkongsi gambar perkahwinan kami dengan semua," katanya.
Rita sebelum ini bernikah dengan pemain bola sepak terkenal, Mohd Aidil Zafuan Abd Razak dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7, namun bercerai pada 5 September 2013.
"Sebak rasanya apabila melihat penerbitan buku ini akhirnya direalisasikan selepas lima tahun ditulis. Saya ibaratkan buku ini seperti permata kerana saya melalui susah dan senang sendirian apabila berjauhan dengan keluarga.
"Menerusi buku ini, saya berharap wanita di luar sana yang berdepan masalah yang sama seperti pernah saya lalui mendapat semangat baharu untuk meneruskan kehidupan," katanya.
Sumber: BH Online
