Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Rizky Febian Dedah Sebab Pisahkan Selina Dari Mahalini Selepas Bersalin, Mahu Pelawat Utamakan Isteri Terlebih Dahulu

rizky febian dedah sebab pisahkan selina dari mahalini selepas bersalin, mahu pelawat utamakan isteri terlebih dahuluFoto: Instagram

Penyanyi, Rizky Febian berkongsi pengalaman menyentuh hati sewaktu menyambut kelahiran anak pertamanya iaitu Zairee Selina Quinlyn Kareema Febian bersama Mahalini yang juga merupakan seorang penyanyi.

Advertisement

Menurutnya, keputusan memisahkan anaknya, Selina daripada isterinya pada awal kelahiran dibuat kerana dia mahu memastikan perhatian keluarga tertumpu kepada Mahalini terlebih dahulu.

Rizky menjelaskan bahawa pada hari itu, dia sengaja meminta bayi mereka ditempatkan di ruang berasingan demi menjaga emosi dan sensitiviti isterinya yang masih dalam fasa pemulihan selepas melahirkan.

“Ketika anak sudah lahir, aku pisahkan di bilik yang lain dengan Lini. Kerana aku yakin bila keluarga ramai datang, pasti yang dicari anak. Saya tak mahu. Kerana yang memperjuangkannya adalah isterinya,” katanya.

Menurut Rizky lagi, dia tidak mahu suasana penuh kasih di dalam bilik bersalin bertukar menjadi momen yang hanya memfokuskan kepada bayi sehingga membuat Mahalini rasa terpinggir.

“Aku berusaha menjaga sensitiviti isteri pada ketika itu. Jadi kalau ada tetamu, saya akan cakap ‘Lini ada di sana, boleh tengok dia dulu. Boleh lihat keadaannya terlebih dahulu.’ Dan bayi saya memang sengaja tidak aku keluarkan," kata Rizky.

 

 

Namun, keputusan itu hanya sementara. Setelah melihat keadaan Mahalini semakin stabil dan emosinya kembali tenang, barulah Rizky membawa Selina masuk semula ke ruang yang sama.

“Ketika kesihatan Lini sudah membaik, dan dia sudah semakin bahagia dan lebih nyaman dengan keluarga yang datang, baru saya letak anak saya kembali di satu ruangan dengannya,” jelasnya.

Rizky turut menambah bahawa kehadiran cahaya mata pertama itu tidak mengubah rasa cintanya terhadap Mahalini.

“Biarpun kita sudah punya anak, cinta kita tidak pudar,” katanya.

Perkongsian itu menerima reaksi positif peminat yang memuji sikap peka dan hormat Rizky terhadap peranan serta pengorbanan seorang isteri ketika melahirkan.

Sumber: X

ERA Muzik Hit Terkini