Umum mengetahui bahawa ahli kumpulan BTS, RM dan V telah memulakan khidmat ketenteraan mereka sebagaimana telah diwajibkan dalam undang-undang negara tersebut.
Namun, pada 16 Januari hari ini, RM berkongsi gambar dirinya bersama V di laman media sosial peribadinya dengan kapsyen “Salam hormat!”
Advertisement
Dia juga turut kongsi gambar anugerah yang diterimanya sebagai tentera latihan elit di Regiment Latihan Rekrut ke-27 itu.
Ramai peminat mereka terutama ARMY yang meluahkan rasa gembira untuk mereka berdua dan berharap agar khidmat ketenteraan mereka dipermudahkan.
Harap kita dapat melihat semua ahli anggota BTS melakukan kemunculan semua sebagai ahli yang lengkap pada 2025 nanti