Skip to main content

Advertisement

Hiburan

RM dan V Dari Kumpulam BTS Akan Mulakan Khidmat Ketenteraan Hari Ini

RM dan V akan memasuki Pusat Latihan Tentera Nonsan di Chungnam. Mereka akan memulakan perkhidmatan ketenteraan sebagai askar aktif dalam tentera selepas tempoh latihan asas tentera.

Agensi mereka, Big Hit Music meminta peminat untuk tidak mengunjungi tapak latihan mereka bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Advertisement

Sehari sebelum penyertaan mereka, RM dan V sempat berkongsikan mengenai menyertai tentera kepada peminat.

 "Hari ini akhirnya tiba. Banyak pemikiran berputar di dalam fikiran saya, tetapi sekarang, apabila ia tiba, saya dapati sukar untuk bercakap. Saya begitu gembira hidup sebagai ahli BTS selama sepuluh tahun lalu. Saya selalu mengatakan ini, tetapi akhir juga satu permulaan. Saya yakin bahawa sesuatu yang baik menanti kita selepas ini.”

rm dan v dari kumpulam bts akan mulakan khidmat ketenteraan hari ini

V pula sempat memuat naik gambar berkepala botak denga memakai cermin mata hitam. DIa sempat berkongsikan bahawa dia telah lama ingin mencuba perkara ini dan gembira telah dapat melakukannya.

Tarikh jangkaan pelepasan RM dan V adalah pada 10 Jun 2025.

Sumber Allkpop
 

ERA Muzik Hit Terkini