Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sudah ‘Gantung Senjata’, Robert Downey Jr Tidak Mahu Jadi Iron Man

Siapa je yang tak kenal dengan watak Tony Stark dan Iron Man, lakonan aktor Robert Downey Jr.

sudah ‘gantung senjata’, robert downey jr tidak mahu jadi iron man

Advertisement

Pelakon yang kini berusia 55 tahun itu mengakui sudah tidak mahu lagi terbabit dalam mana-mana filem dibawah Marvel Cinematic Universe (MCU) lagi.

"Cukup-cukuplah. Apa yang saya tahu, saya sudah 'gantung senjata' dan melepaskan semuanya pergi," katanya dalam sebuah program baru-baru ini.

Watak Iron Man juga telah dimatikan dalam filem Avengers: Endgame, namun muncul semula dalam filem Spider-Man: Far From Home. Beliau juga dijangka akan muncul semula dalam filem Black Widow sebagai ‘flashback’.

sudah ‘gantung senjata’, robert downey jr tidak mahu jadi iron man

Timbul juga ura-ura yang mengatakan watak Iron Man akan di hidupkan kembali dengan pelakon yang berbeza.

Sejauh mana kemunculan semula Iron Man, sama-sama kita nantikan filem terbitan Marvel akan datang!

Sumber: Daily Mail

ERA Muzik Hit Terkini