Penyanyi kumpulan Blackpink, Rosé tidak sangka apabila menerima kejutan istimewa daripada penyanyi terkenal, John Mayer.

Advertisement
Menerusi hantaran di Insta Story di Instagram, dia berkongsi gambar hadiah istimewa iaitu sebuah gitar eksklusif berwarna merah jambu.
“Hidup saya lengkap. Terima kasih John Mayer,” katanya.

Malah, pemuzik itu memberikan satu nota kecil kepada Rosé dengan mengatakan dia yang sepatutnya berterima kasih kepada Rose.
“Rosé, saya sepatutnya berterima kasih kepada awak!” tulisnya.
Terdahulu, Rosé menyanyikan lagu milik Mayer berjudul Slow Dancing In A Burning Room dalam acara Sea Of Hope pada bulan lalu dan John Mayer tertarik dengan nyanyian penyanyi K-pop itu.