Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bergambar Bersama Wanita Lain… Jefri Nichol Didakwa Putus dengan Ameera Khan? Ruangan Komen Diserbu Netizen ‘Kelate’ - “Baby Kelingi Dio Pun Kelingi Jugok…”

bergambar bersama wanita lain… jefri nichol didakwa putus dengan ameera khan? ruangan komen diserbu netizen ‘kelate’ - “baby kelingi dio pun kelingi jugok…”Foto: Threads

Isu membabitkan pelakon Indonesia, Jefri Nichol kembali hangat diperkatakan selepas tular beberapa foto yang didakwa memaparkan dia memeluk seorang wanita lain.

Advertisement

Perkongsian itu mencetuskan spekulasi bahawa aktor berkenaan sudah mempunyai kekasih baharu, sekali gus mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Namun tumpuan ramai sebenarnya teralih ke ruangan komen apabila netizen Malaysia, khususnya dari Kelantan, tampil dengan reaksi berseloroh menggunakan dialek tempatan.

Ada yang meluahkan rasa ‘kecewa’ dengan nada manja dan lucu apabila menulis, “Beby raso kalu dey beby sayey ore tu. Beby sayey sgguh tok nipu la”, seolah-olah meratapi nasib ditinggalkan.

Tidak kurang juga yang menyindir situasi tersebut dengan ayat ringkas tetapi pedas apabila berkata, “Amira kelingi dio pun kelingi jugok!”, sekali gus mengundang gelak tawa pengguna lain.

Seorang lagi netizen pula tampil dengan gaya dramatik, meluahkan rasa tidak menyangka akan ‘ditinggalkan’ sebegitu rupa. “Beby tok ekspek nok kena tingga gini sbb beby ingak he is the wang,” tulisnya, mencampur adukkan bahasa Inggeris dan dialek Kelantan.

Fenomena itu turut disedari pengguna lain yang terhibur melihat ruangan komen seakan dikuasai loghat Pantai Timur.

“Uwaaaa lucu comment indonesia di penuhi sek kelatey. Mendoniaaa sek kito,” tulis seorang netizen sambil berseloroh.

Dalam pada itu, ada juga yang mengambil pendekatan lebih matang dengan bersyukur Ameera tidak lagi dikaitkan dengan aktor berkenaan.

“Tapi thank god la meera buke denge dio ni.. she deserves someone yang buleh lead her to be a better personn buke hok konaha gini,” kata seorang pengguna.

Isu tersebut turut diselitkan dengan komen sinis mempersoalkan sikap netizen sendiri.

“Bebi tok pehey why like why everyone are just too toxic, bebi cud never understand this,” tulis seorang lagi, menambah elemen humor dalam perbincangan.

Secara keseluruhan, meskipun gosip hubungan selebriti menjadi punca perbualan, gelagat netizen dengan dialek Kelantan nyata menjadi perhatian utama, menjadikan isu ini bukan sahaja hangat diperkatakan, malah mencuit hati ramai di media sosial.

Sumber: Threads

ERA Muzik Hit Terkini