Sebelum Anugerah MeleTOP Era 2018 menutup tirai, sempat lah kumpulan Ruffedge membuat persembahan. Mereka telah menyanyikan 4 buah lagu yang pernah meletop satu ketika dahulu iaitu Lemas, Bila RIndu, Khayalan dan Tipah Tertipu.
Kami sempat meninjau twitter dan melihat ramai yang rindukan kumpulan itu. Ada yang mengatakan kumpulan Ruffedge sebagai lejen dan ramai yang suka akan persembahan kumpulan itu.
Walaupun dah lama tak berkasi, namun gaya mereka dan vokal mereka masih berbisa. Jadi, kumpulan Ruffedge tak nak buat konsert sendiri ke? Mesti happening gila kalau Ruffedge buat konsert sendiri.




