Memiliki wajah persis gadis Korea adalah satu kelebihan buat Ruhainies kerana dipilih menjadi duta produk kecantikan dari Korea selepas aktor terkenal, Lee Kwang-soo.

Dipetik daripada Astro Gempak, pelakon berkenaan berkata beliau amat teruja dengan pelantikan tersebut kerana secara tidak langsung mewakili Malaysia dan seluruh negara Asia.
Advertisement
Menurutnya lagi, beliau dilamar oleh syarikat berkenaan selepas dikatakan mempunyai wajah persis gadis Korea.
"Saya terkejut juga apabila mereka beri alasan memilih saya kerana wajah saya ada persis gadis Korea," katanya kepada Astro Gempak.

Sumber: Astro Gempak
