Pasangan Hollywood terkenal, Kim Kardashian dan Kanye West dilaporkan memiliki wang berjuta-juta selain mempunyai satu rumah agam yang besar dan luas bernilai $60 juta (RM247,296,000.00).

Advertisement
Tahun lalu, rekaan sinki rumah pasangan ini juga telah menjadi tular kerana mempunyai rekaan yang sangat pelik.

Terbaru, Kim telah berkongsi beberapa gambar hiasan dalaman rumahnya di Twitter. Namun, ramai keliru dengan kekosongan rumah tersebut.


Difahamkan, pasangan berkenaan menampilkan konsep dekorasi minimalis, sehinggakan ada yang beranggapan ia kelihatan seperti hospital sakit mental.
— Kim Kardashian West (@KimKardashian) February 3, 2020



Sementara itu, ramai juga yang mengambil kesempatan 'menghias' rumah pasangan ini dengan menyunting pelbagai dekorasi ke dalam gambar yang dikongsikan.



Sumber: Twitter