
Sumber: Mynewshub
Advertisement
Baru-baru ni agak kecoh antara peminat apabila Fattah Amin, Neelofa dan Fazura berada di pulau yang sama pada masa yang sama iaitu di Koh Samui, Thailand. Rupa-rupanya menurut Fattah Amin, dia sepatutnya menaiki penerbangan yang sama dengan Neelofa. Tapi atas nasihat keluarga, dia memilih untuk menukar jadual penerbangan.

"Ada pihak memaklumkan kami akan menaiki pesawat yang sama. Sebaik mengetahuinya, saya mula rasa tidak sedap hati. Bagi saya, lebih baik kami (Fattah dan Fazura) tidak berada dalam pesawat yang sama dengannya. Atas nasihat keluarga, kami menukar penerbangan seterusnya,” ujarnya kepada Beautiful Nara.
“Perkara ini tidak sepatutnya dihebahkan dan saya juga enggan memperbesarkan. Tetapi, apabila cerita ini ditimbulkan pihak tertentu seolah-olah kami yang bersalah, saya terpaksa menjelaskan situasi sebenar," tambahnya lagi.

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
