Personaliti media sosial, Ryan Bakery selamat menimang cahaya mata bersama isterinya pada 30 Disember lalu di sebuah hospital swasta. Ryan berkongsikan bahawa cahaya matanya adalah bayi lelaki yang diberi nama Ryan Ezra.
Dia berasa bersyukur kerana isterinya selamat melahirkan anak pertama mereka secara pembedahan dan diperlukan untuk melahirkan anak tersebut awal ketika kandungan 36 minggu.
Advertisement
Dia berkongsikan perasaan risau apabila anaknya itu dimasukkan kedalam NICU disebabkan lahir awal dan beberapa perkara lain seperti demam kuning. Namun selepas 3 hari anaknya telah dibawa ke wad biasa.
Tahniah buat Ryan dan Isteri.
Sumber Mstar