Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sabronzo Kini Lebih Bahagia Selepas Bergelar Isteri, Mahu Bimbing Suami Fahami Islam Secara Perlahan

sabronzo kini lebih bahagia selepas bergelar isteri, mahu bimbing suami fahami islam secara perlahanFoto: Instagram

Ahli kumpulan Dolla, Sabronzo meluahkan rasa syukur apabila kehidupan selepas berkahwin bersama suaminya, Ryan Fieret, berjalan lancar dan penuh ketenangan.

Advertisement

Menurut Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli, 30, dia memilih untuk mendidik suaminya yang baru memeluk Islam dengan cara lembut tanpa sebarang tekanan.

“Alhamdulillah, semuanya baik dan berjalan dengan lancar. Ini hal peribadi, jadi saya tak mahu memberi tekanan kepada sesiapa.
“Agama lama dia juga mengajar tentang keamanan, dan saya percaya selagi kehidupan kami berasaskan kasih sayang dan kebaikan, semuanya akan baik,” katanya.

Sabronzo berkongsi perkara itu ketika ditemui di tayangan perdana muzik video terbaharu Dolla berjudul Question yang diadakan di The Campus, Ampang, baru-baru ini.

Mengulas mengenai kehidupannya selepas berkahwin, penyanyi itu berkata tidak banyak perubahan berlaku dalam dirinya, malah kini dia lebih bersemangat meneruskan karier bersama kumpulannya.

“Kehidupan selepas berkahwin Alhamdulillah sangat baik. Saya bahagia sebab bertemu lelaki yang terbaik. Tak banyak beza pun, cuma sekarang bila balik rumah, ada teman untuk berbual. Itu yang buat saya lebih gembira,” katanya dengan senyuman.

Sabronzo turut menegaskan bahawa perkahwinan tidak mengganggu perjalanan karier seninya, malah menjadi sumber kekuatan baharu.

“Saya tak rasa perkahwinan menjejaskan kerjaya. Sebaliknya, saya lebih bersemangat dan fokus untuk capai sasaran bersama Dolla. Suami pun banyak beri sokongan sebab kami sama-sama faham dunia hiburan,” jelasnya.

Untuk rekod, Sabronzo mengejutkan peminat apabila berkongsi foto perkahwinannya bersama Ryan pada 29 September lalu.

Difahamkan mereka bernikah dua minggu sebelum majlis resepsi yang berlangsung di Bali pada 25 September. Hubungan mereka mula menjadi perhatian sejak Mei lalu selepas kedua-duanya dilihat berbalas komen di media sosial.

Sumber: Instagram

ERA Muzik Hit Terkini