Bukan sahaja hebat dalam sukan bola sepak, tetapi berbakat juga dalam bidang nyanyian. Siapa sangka rezeki buat Safee Sali apabila dilamar oleh Rocketfuel Entertainment untuk menghasilkan single. Safee Sali juga menjadikan Judika sebagai rujukannya untuk menghasilkan single terbaru. Malah ketua RocketFuel Entertainment, Encik Feros Sayna turut menjanjikan yang dia akan membawa penerbit dari Indonesia untuk menghasilkan single bagi Safee Sali.
Advertisement
Ditanya oleh geng #3PAGIERA tentang perancangannya selepas bersara, Safee Sali menjawab dia akan membuka akademi bola sepak dan juga menjadi "Pundit" untuk rancangan sukan bola sepak bersama Astro Arena.