
Sumber: Youtube dan Harian Metro
Advertisement
Fatiya Latiff baru sahaja melancarkan satu video klip di youtube untuk lagu Sakit. Ramai memuji Fatiya menyanyikan lagu tersebut dan ramai juga menyangka ia adalah lagu asal Fatiya. Ternyata, Sakit merupakan lagu IAmNeeta.
“Sebenarnya kesilapan itu tidak disengajakan dan vokalis kami Neeta sedikit terasa memandangkan Sakit adalah lagu IAmNeeta. Disebabkan itu, dia menyuarakan rasa kecewa.
“Bagaimanapun, kami sudah memberi kebenaran kepada Fathia membuat ‘cover version’ lagu itu. Saya sendiri tidak sangka lagu Sakit mendapat sambutan luar biasa.
“Bagi saya tiada masalah pun atas kekeliruan yang berlaku. Sebaliknya ia bagus untuk kami lebih dikenali terutama pendengar tidak tahu kewujudan IAmNeeta selama ini”, katanya Patrick Anohada yang juga komposer lagu tersebut.
