Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Salman Khan Bantu Kos Pembedahan Hati Seorang Bayi

Sumber: Harian Metro 

Menjadi seorang selebriti sememangnya menjanjikan kehidupan yang mewah. Seperti Salman Khan, bukan setakat suka mencurahkan kemewahannya pada keluarga tetapi juga pada orang yang memerlukan. 

Baru-baru ni ada seorang bayi yang memerlukan hati baru kerana menghidap penyakit hati. Jadi tanpa berlengah Salman Khan terus memberikan sumbangannya kepada bapa kanak-kanak tersebut, Rakesh Awar. 

“Selepas mendapat hati baru, anak saya perlu dibedah dan kos pembedahan sangat tinggi. Saya bukan orang kaya. Sebelum ini kami berjaya mendapat sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk daripada Ketua Menteri tetapi belum cukup.

“Salman berjumpa saya dan dia mencukupkan jumlah yang diperlukan. Anak saya masih meneruskan rawatan di Hospital Apollo, New Mumbai. Dia akan menjalani pembedahan pada 17 Julai ini." Jelas Rakesh. 

 
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm

test

Advertisement

ERA Muzik Hit Terkini