Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Shah Rukh Khan Hadiahkan Kereta Mewah Kepada Salman Khan Tanda Terima Kasih

shah rukh khan hadiahkan kereta mewah kepada salman khan tanda terima kasih

Sumber: EH! 

Advertisement

Walaupun usia semakin meningkat naik, tetapi Shah Rukh Khan dan Salman Khan masih menjadi pilihan pengarah untuk jadi hero filem mereka. Terbaru, SRK menghadiahkan Salman Khan sebuah kereta mewah sebagai tanda terima kasih kerana sudi mengambil bahagian dalam sesi tarian istimewa filem lakonan SRK. 

Meskipun sibuk, Salman sanggup menukar jadualnya agar dapat membuat rakaman bersama SRK. 

"Apabila Salman Khan hadir untuk mengikuti rakaman lagu tersebut, Shah Rukh membuat kejutan kepadanya dengan menghadiahkan Salman Khan sebuah kereta mewah baru. Kereta tersebut baru sahaja dilancarkan dan tiada seorang pun lagi yang mempunyai kereta tersebut setakat ini. Salman sangat terkejut kerana dia tidak langsung menjangkakan perkara itu. Tetapi kerana dia sanggup menukar jadual kerjanya dan bersetuju untuk turut serta dalam penggambaran lagu tersebut meskipun hanya mendapat notis di saat akhir, SRK mahu memberikannya hadiah demi untuk menunjukkan rasa terharu dan penghargaan,” ujar sumber kepada Bollywood Life."


*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm

shah rukh khan hadiahkan kereta mewah kepada salman khan tanda terima kasih

ERA Muzik Hit Terkini