Salah seorang peserta program realiti Big Stage 2020, Sandra Dianne, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya, awal pagi tadi.

Ia berikutan keadaan penyanyi itu yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) baru-baru ini.
Advertisement

Berita pemergian Sandra, 26, dikongsikan oleh Sufie Rashid menerusi laman Instagram.
“Selamat pulang ke rahmatullah sahabatku. Anda seorang rakan baik yang mempunyai hati yang mulia.
“Terima kasih sebab beri saya peluang untuk satu pentas dengan awak.
“Semoga awak tenang di sana. Innalillahiwainnailaihirojiun,” tulis Sufie pada kapsyen.
Usop yang juga rakan Sandra di Big Stage 2020, turut berkongsi berita sedih itu menerusi Instagram.
Al-Fatihah.