Penyanyi, Sarah Suhairi, sebelum ini telah menarik minat ramai pihak dengan persembahan lagu Ddu-du Ddu-du oleh BlackPink dipentas Big Stage.
Advertisement
Terbaru, penyanyi itu kembali dengan cover lagu Kill This Love oleh kumpulan yang sama, menerusi update di ruang Instagramnya.

Rata-rata ramai pihak yang kagum dengan kebolehan penyanyi itu menyanyikan rap lagu terbabit dengan sebutan yang jelas, dan menggelarkan beliau sebagai Lisa Malaysia.

Lagu Kill This Love ini telah mencipta sejarah tersendiri apabila mencatat rekod terpantas dengan 100 juta tontonan dalam masa 3 hari.
Sumber: Sarah Suhairi
