Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sarah Suhairi Selamat Bernikah Dengan Pensyarah, Sedia Bergelar Ibu

sarah suhairi selamat bernikah dengan pensyarah, sedia bergelar ibu

Selepas berkahwin dengan lelaki pilihannya, Aswad Anuar, 39, penyanyi,  Sarah Suhairi, 24, akui sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai ibu ‘segera’ kepada tiga anak tirinya itu.

Advertisement

Sarah berkata bahawa beliau sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga.

Walaupun begitu, menurut Sarah, itu tidak menjadi halangan baginya untuk mendirikan rumah tangga bersama.

“Ketika perkenalan kami, Aswad sudah setahun bergelar bapa tunggal dan kami tak pernah meletakkan sebarang status sepanjang empat tahun berkenalan.

“Tetapi saya juga dah berjumpa dengan tiga puterinya yang menerima baik kehadiran dalam hidup mereka.

“Sebelum ini mereka panggil saya ‘auntie Sarah’, selepas ini panggil saya dengan panggilan ibu,” ujar Sarah ketika ditemui usai majlis pernikahan yang berlangsung di Berern Hill, Hulu Langat, pada Jumaat.

 

Sumber: Astro Gempak

ERA Muzik Hit Terkini