Susulan banjir kilat yang melanda sarawak semalam sekarang ini telah mendapat jumlah seramai 1,361 mangsa banjir daripada 351 keluarga di Sarawak masih berlindung di 12 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 malam tadi.
Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), jumlah mangsa banjir itu menurun sedikit berbanding 1,497 orang daripada 392 keluarga di 14 PPS pagi tadi.
Advertisement

"Tiga PPS yang menempatkan jumlah mangsa tertinggi ialah di Kuching iaitu Dewan R-Piang Kampung Sinar Budi Baru dengan 297 mangsa, diikuti dengan Dewan Masyarakat Stapok (238) dan Dewan Taman Malihah (227)," menurut laporan itu. Sejumlah 12 PPS yang aktif berkenaan terletak di beberapa kawasan di Kuching, Bau, Serian
dan Siburan.
Jawatankuasa itu turut memaklumkan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Tengah, Lundu
telah ditutup pada jam 8 malam ini.