Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sehun EXO Akui Rimas Peminat Fanatik Telefon 100 Kali Sehari

“Sasaengs” atau dikenali sebagai peminat fanatik sering menghantui, mengganggu dan melakukan perkara yang melampaui batas kepada artis kesayangan mereka terutamanya di Korea.

Penyanyi rap kumpulan EXO, Sehun mengakui dia rimas kerana menerima lebih daripada 100 panggilan telefon daripada peminat fanatik pada setiap hari.

Advertisement

sehun exo akui rimas peminat fanatik telefon 100 kali sehari

Baru-baru ini, penyanyi itu memberitahu perkara itu kepada pengikutnya ketika membuat siaran langsung di Instagram Live.

“Tolong jangan telefon saya. Saya dapat lebih kurang 100 panggilan setiap hari walaupun sering diganggu, saya tidak bercadang untuk tukar nombor lagi.

sehun exo akui rimas peminat fanatik telefon 100 kali sehari

“Kalau saya tukar nombor, saya masih akan dapat lagi panggilan daripada peminat fanatik.

“Perkara itu akan lebih menyusahkan saya sebab itu saya tidak mahu menukar nombor telefon,” katanya.

sehun exo akui rimas peminat fanatik telefon 100 kali sehari

Tambahnya, Sehun menganggap ini sebagai lumrah seorang artis tetapi kadang-kala “Sasaeng” ini boleh bertindak di luar kebiasaan sehingga membahayakan nyawa mereka dan artis itu.

Kumpulan EXO dianggotai oleh Xiumin, Suho, Lay, Baekhyun, Chen, Chanyeol, D.O, Sehun dan Kai.

Kemunculan semula EXO dinantikan peminat EXO-L yang akan tampil dengan album terbaharu berjudul Don't Fight The Feeling.

Sumber: Soompi

ERA Muzik Hit Terkini